Friday, February 5, 2010

List Barang

Assalamualaikum!

Insya Allah kami semua akan bertolak ke bumi Jawa pada hari Ahad ni, 7 Februari 2010.
So, kepada yang masih blur tak tau nak bawak apa pegi sana, kat sini kami listkan barang2 yang perlu dibawa ke sana. Kalau ada apa2 tambahan, boleh bagitau n akan diupdate lagi Insya Allah.

LIST BARANG

PAKAIAN
1. Baju T-Shirt
2. Baju Kurung – sepasang cukup
3. Seluar trek
4. Baju sejuk – Bogor sejuk woo
5. Windbreaker/baju hujan
6. Skirt panjang – kat Indonesia akhawat jarang pakai seluar. lalala
7. Stokin
8. Stokin tangan
9. Tudung yang senang nak match dengan banyak baju
10. Kain batik/kain pelikat - boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

BARANG2
1. Al-Quran
2. Mathurat
3. Sleeping bag/selimut
4. Haversack/beg galas belakang
5. Beg sandang – letak dokumen/IC/passport
6. Salinan passport
7. Kasut sukan
8. Selipar
9. Payung
10. Extension (supaya time nak charge hp tak tercarik2 n berebut plug. haha)

BARANG2 KECIL
1. Safety pin - kalau baju tetiba koyak ke...
2. Wet tissue - takut takde air di tandas... haha
3. Basic sewing kit – jarum + benang
4. Gunting kecil
5. Nail clipper - yeah, takkan 3 minggu tak potong kuku?
6. Charger handphone
7. Batteri spare - kamera
8. Hand Sanitizer
9. Minyak angin cap Kapak/ vicks
10. Ubat-ubatan asas – Panadol, ubat selesema
11. Kamera (WAJIB BAGI SESIAPA YANG ADA)
12. Memory card spare
13. Cable kamera - nak upload dalam laptop
14. Alat tulis
15. Buku catatan harian - tulislah pengalaman menarik hari-hari.
16. Tissue (ramai yang selalu lupa tisu)
17. Plastic bags

TOILETERIES
1. Berus gigi
2. Ubat gigi
3. Sabun mandi, shampoo, dsb
4. Sikat
5. Tuala

Selamat Pack Barang! hehe :D

Monday, February 1, 2010

Kisah Nursery

assalamualaikum anak2..
(anak2 ke adik2 eh?)

Pada suatu malam yang hening, kedengaran bunyi mesej totally spies..

huda : hani, jom kerja cikgu nurseri nak?
hani : hah? cikgu nurseri? bia betul? pergh..
huda : jomlah.. boleh main dengan budak
hani : hmm... bolehlah... bes jugak.. jom3.

hmm.. cikgu nurseri? xpernah terlintas langsung kat kepala jadik cikgu nurseri.. macam mane ntah tetiba hati ni nak pulak kerja2 melayan budak.. mungkin sebab ana xpernah didedahkan dengan suasana kemeriahan yang 'luar biasa'... mane taknya, time ana dapat adik dulupun, usia ana baru je 5 tahun.. jadik, kakak2 ana lah yang melayan dia tu..

so, ana bersama safiah, aqilah mazlan, huda dan aishah alia bekerja sebagai cikgu nurseri a.k.a teacher sebagai salah satu projek perkhidmatan untuk dana r2j4 ni. satu hari rm20..






minum petang
teacher2, lepas ni main same2 eh?
bilik baby
jom baca buku!!
deretan susu
main3
sufi
ahmad fahim asif


anak2 seharusnye dikasihi bukan didera

Anak2 ini memerlukan perhatian daripada orang dewasa bagi memenuhi keperluan mereka.. time mula2 ana jaga baby, cuak sangat bile baby ni menangis...

"apa yang budak ni nak?"
dukung dah, bawak jalan2 dah, cek pampers dah, bagi permainan bunyik2 pon dah! adoi.

cuba punya cuba....(lame jugaklah cuba)

"oh nak susu rupanya.. cakaplah nak susu"

mase ana tengah susukan baby ni ternampaklah titisan air matanye.. argh! lemah betul la.. rasa sayu dan kasih sayang tumpah 100% kat baby tu. rase mcm nak bawak balik je baby tu. bia ana yang jaga.. (^_^)
tapi itu tindakan yang menurut emosi semata2..
hmm, teringat pulak kat cerita hindustan sabtu lalu
kata hero lakonan salman khan dalam cerita yang berkisarkan mengenai senjata dan darah ni berkata,

"bile hendakkan sesuatu kemenangan, bekerjalah ikut akal dan bukannya emosi dan nafsu".

"teacher2, tengok haikal tu.. dia amek permainan ain"

"haikaaaal, pulangkan balek permainan ain tu!"

dialog ni begitu famous dalam hidup ana ni sejak bergelar teacher hani ni..
budak2.. mengadu tu satu perkara yang biasa.. yela. mereka xdiajar lagi untuk belajar menyelesaikan masalah sendiri lagi. semuanya memerlukan bimbingan dan didikan orang dewasa.

mereka ajar supaya lepas ni ana kena cuba untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa bimbingan orang lain.. cuba untuk berdikari kerana kehidupan kita time kat U nanti.. memangla kena buat sendiri. tak de umi,,tak de abah



p/s : waa! rindu budak2 ni!! da berhenti kerja coz nk focus sponsor. huhu